Solat Fardhu Berjemaah dijalankan setiap hari sepanjang tahun. Solat ini dilaksanakan sebagai langkah memperkasakan akhlak dan sahsiah serta memperbaiki ibadah solat dalam kehidupan seharian. Justeru itu, program ini memberi kekuatan rohani dan jasmani secara tidak langsung kepada murid-murid untuk melengkapkan tanggungjawab kepada Allah dan diri sendiri. Semoga dengan terlaksananya program ini dapat membentuk murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah akhirat juga tidak diabaikan.
No comments:
Post a Comment