PERATURAN AM
PERATURAN - PERATURAN AM
- Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang telah ditetapkan.
- Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadah solat, melaksanakan amali pendidikan islam, sambutan hari-hari kebesaran islam dan aktiviti-aktiviti pendidikan serta kemasyarakatan.
- Semua jemaah dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan surau serta memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.
- Surau juga boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
- Semua barang serta peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat dan tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.
- Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat tidur, melepak,menyalin atau menukar pakaian dan seumpamanya.
- Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan suis-suis lampu ,kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan.
- Dilarang membawa masuk ke dalam surau perkara-perkara berikut :
- senjata tajam yang merbahaya atau seumpamanya
- bahan-bahan dan gambar lucah, majalah hiburan dan apa-apa penerbitan yang berunsur politik serta risalah-risalah ajaran sesat.
- makanan dan minuman
- menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah dengan mendapat keizinan daripada pengerusi dan jawatankuasa surau
No comments:
Post a Comment