Bulan Muharram merupakan bulan istimewa bagi masyarakat Islam. Bulan Muharram menjadi medan muhasabah diri akan amal masa lalu untuk dijadikan pedoman pada masa hadapan. Dalam bulan ini, selain puasa dan amalan sunat yang lain Bubur Asyura sinonim dengan bulan Muharam ini.
Sempena bulan Muharram dan hari Asyura, sekolah telah merancang untuk membuat aktiviti memasak bubur asyura, aktiviti ini melibatkan semua guru, staf sekolah dan ibu bapa murid SK Sri Delima.
Gotong-royong bubur asyura ini telah dilaksanakan pada 22 September 2018 (Sabtu), bertempat di kawasan letak kenderaan SK Sri Delima. Aktiviti ini bermula pada 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
No comments:
Post a Comment