Thursday, 25 October 2018

GOTONG-ROYONG BUBUR ASYURA

Bulan Muharram merupakan bulan istimewa bagi masyarakat Islam.  Bulan Muharram menjadi medan muhasabah diri akan amal masa lalu untuk dijadikan pedoman pada masa hadapan.  Dalam bulan ini, selain puasa dan amalan sunat yang lain Bubur Asyura sinonim dengan bulan Muharam ini.

Sempena bulan Muharram dan hari Asyura, sekolah telah merancang untuk membuat aktiviti memasak bubur asyura, aktiviti ini melibatkan semua guru, staf sekolah dan ibu bapa murid SK Sri Delima.

Gotong-royong bubur asyura ini telah dilaksanakan pada 22 September 2018 (Sabtu), bertempat di kawasan letak kenderaan SK Sri Delima. Aktiviti ini bermula pada 8.00 pagi hingga 4.00 petang.





KEM BESTARI SOLAT SIRI 1

Kem Bestari Solat merupakan satu program yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat mengambil wuduk serta menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan, penghayatan serta dari segi amalan.

Kem ini juga untuk memastikan semua peserta sasaran program ini dapat menguasai asas fardhu ain terutamanya dalam bab wuduk dan solat.

Kem Bestari Solat Siri 1 ini telah dilaksanakan pada 28 & 29 Mei 2018 (Rabu dan Khamis), bertempat di Dewan Sri Kenanga.





KEM IBADAH TAHUN 6

Program Kem Ibadah adalah program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Sri Delima, Kuala Lumpur.  Program ini merupakan satu asas ke arah melahirkan murid-murid yang baik dari segi sahsiah serta cemerlang dari sudut intelektual.  Kem ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan sahsiah mereka lebih-lebih lagi dalam ibadah fardhu iaitu solat.

Kem Ibadah Tahun 6 2018 telah dilaksanakan pada hari Jumaat iaitu 13 April 2018 sehingga hari Sabtu 14 April 2018 selama 2 hari 1 malam.  Kem ini telah melibatkan semua murid Islam Tahun 6.  Program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah, PIBG sekolah dan jawatankuasa surau sekolah.