Program Tadarus Ria telah dirasmikan oleh En. Che Mustafa bin Che Yah pada hari Isnin 29 Januari 2018. Program ini dilancarkan untuk murid-murid Tahun 6. Ia dilaksanan pada setiap hari bermula jam 7.10 pagi hingga 7.30 pagi.
Program ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan murid-murid celik dan khatam al-Quran di samping memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, dan berhemah tinggi sesuai dengan tuntutan al-Quran.
Ia juga dilaksanakan untuk menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan dan penghayatan kepada kumpulan pelajar khususnya murid Tahun 6 sekolah ini. Selain itu juga, ia dapat menarik minat murid dan menanam rasa cinta terhadap al-Quran.
Saturday, 24 February 2018
Thursday, 15 February 2018
MAJLIS TAHLIL GURU
Tanggal 14 Februari 218 (Rabu), Surau al-Khairiah telah menganjurkan satu Majlis Tahlil untuk guru-guru yang telah kematian bapa dan saudara terdekat. Majlis Tahlil ini telah diadakan pada jam 1.30 tengahari bertempat di Surau al-Khairiah, SK Sri Delima. Majlis ini hanya melibatkan guru-guru Islam SK Sri Delima sahaja. Tahlil dimulakan setelah solat Zohor berjemaah di kalangan guru selesai. Dalam majlis ini juga, guru-guru yang telah kehilangan orang yang tersayang telah menerima khairat kematian daripada pihak BKGS SK Sri Delima. Di samping itu juga, guru yang telah mendapat cahaya mata pertama di sekolah ini turut mendapat insentif.
BACAAN YAASIN
Pada tahun 2018, Bacaan Yaasin telah bermula pada 26 Januari (Jumaat). Program ini dijalankan setiap hari Jumaat, melibatkan semua murid iaitu Tahun 1 sehingga Tahun 6. Bacaan Yaasin bermula pada jam 7.20 pagi sehingga 7.30 pagi di Dataran al-Ghazali. Semua guru Islam juga terlibat dalam aktiviti ini.
Wednesday, 14 February 2018
SOLAT ZOHOR BERJEMAAH
Bermula 10 Januari 2018 setiap hari Rabu, SK Sri Delima melaksanakan Solat Zohor Berjemaah untuk murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Pelaksanaan solat ini diadakan adalah untuk melatih murid-murid menunaikan solat secara berjemaah sementara menunggu aktiviti Ko-Kurikulum bermula pada hari tersebut.
GOTONG-ROYONG BILIK-BILIK KHAS
Pada 13 Januari 2018 (Sabtu), Gotong-royong Bilik-bilik Khas telah dijalankan di sekolah ini. Ia melibatkan semua bilik-bilik khas yang terdapat di sekolah bagi menceriakan bilik-bilik tersebut agar kemas dan kondusif agar boleh melaksanakan pdpc dalam bilik tersebut. Gotong-royong ini bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengahari.
Subscribe to:
Posts (Atom)