Thursday, 16 November 2017

PENYAMPAIAN HADIAH PENGLIBATAN MURID AKTIF DI SURAU

Penyampaiah hadiah telah diadakan sempena penglibatan murid-murid yang aktif dengan pelbagai aktiviti di surau.  Majlis ini telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Rohani (Guru Besar, SKSD) pada 13 November 2017 (Isnin).




Sunday, 12 November 2017

PROGRAM TAZKIATUN NAFS

Program Tazkiatun Nafs telah adakan pada 3 November 2017 (Jumaat).

Program ini adalah terdiri daripada beberapa aktiviti yang dijalankan serentak pada hari yang sama.  Aktiviti tersebut ialah:

1. Solat Sunat Dhuha Berjemaah - Murid Tahun 4, 5 & 6
2. Bacaan Yaasin - Murid Tahun 4, 5, 6 dan guru-guru
3. Tazkirah Ringkas - Murid Makzurah
4. Tayangan Kisah-Kisah Teladan - Murid Tahun 1, 2 & 3
5. Aktiviti Vle Frog - Murid Moral

Solat Dhuha telah diadakan di Dewan Sri Cempaka, SK Sri Delima.  Setelah selesai Solat Dhuha, diikuti pula bacaan Yaasin beramai-ramai.  

Solat Sunat Dhuha Berjemaah























                                                          Tayangan Kisah-Kisah Teladan        













Tazkirah









                                                                                                                                   

Friday, 27 October 2017

SOLAT SUNAT TASBIH BERJEMAAH


Solat Tasbih telah diadakan pada 23 Oktober 2017 pada hari Isnin yang lalu, Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Surau SK Sri Delima telah berjaya menganjurkan Program Solat Sunat Tasbih Berjemaah.  Program ini dianjurkan khusus untuk murid-murid Tahun 6 dan guru-guru Islam.  Program ini diketuai oleh Ustaz ZulFahmi bin Abdul Rahim daripada Marketing Jar Khat & Design.

Aktiviti ini dimulai dengan penerangan mengenai Solat Sunat Tasbih dan kaifiatnya.  Beliau memberikan tazkirah ringkas tentang kehidupan dan tanggungjawab muslim terutama sebagai pelajar dan juga guru sebagai pendidik dan murabbi.




.


Friday, 13 October 2017

PROGRAM MAAL HIJRAH

Program Maal Hijrah diadakan bagi menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dalam peristiwa hijrah Rasul.  Pelbagai motivasi kehidupan dapat diambil untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.  Ianya menjadi inspirasi dalam menuntut ilmu dan perubahan akhlak supaya kehidupan menjadi selaras dengan nilai-nilai kehidupan yang berbahagia.

Program seperti ini bertujuan mendedahkan kepada murid peristiwa yang membawa kepada penghijrahan, membuka minda murid betapa perlunya dan kebaikan dari peristiwa hijrah.











Thursday, 12 October 2017

PENGURUSAN JENAZAH

Kursus Pengurusan Jenazah adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid Tahun 6 tentang aspek menguruskan jenazah, dari jenazah selepas kematian sehingga ditalqinkan.  Sesuai dengan matlamat Panitia Pendidikan Islam, melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan dapat memberi contoh tauladan serta memberi manfaat kepada masyarakat.  Pengurusan jenazah merupakan tuntutan Fardhu Kifayah terhadap muslim kepada muslim yang lain.  Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu.

Program ini telah dijalankan pada 12 September 2017 bertempat di Dewan Sri Cempaka.