Thursday, 25 October 2018

GOTONG-ROYONG BUBUR ASYURA

Bulan Muharram merupakan bulan istimewa bagi masyarakat Islam.  Bulan Muharram menjadi medan muhasabah diri akan amal masa lalu untuk dijadikan pedoman pada masa hadapan.  Dalam bulan ini, selain puasa dan amalan sunat yang lain Bubur Asyura sinonim dengan bulan Muharam ini.

Sempena bulan Muharram dan hari Asyura, sekolah telah merancang untuk membuat aktiviti memasak bubur asyura, aktiviti ini melibatkan semua guru, staf sekolah dan ibu bapa murid SK Sri Delima.

Gotong-royong bubur asyura ini telah dilaksanakan pada 22 September 2018 (Sabtu), bertempat di kawasan letak kenderaan SK Sri Delima. Aktiviti ini bermula pada 8.00 pagi hingga 4.00 petang.





KEM BESTARI SOLAT SIRI 1

Kem Bestari Solat merupakan satu program yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat mengambil wuduk serta menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan, penghayatan serta dari segi amalan.

Kem ini juga untuk memastikan semua peserta sasaran program ini dapat menguasai asas fardhu ain terutamanya dalam bab wuduk dan solat.

Kem Bestari Solat Siri 1 ini telah dilaksanakan pada 28 & 29 Mei 2018 (Rabu dan Khamis), bertempat di Dewan Sri Kenanga.





KEM IBADAH TAHUN 6

Program Kem Ibadah adalah program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Sri Delima, Kuala Lumpur.  Program ini merupakan satu asas ke arah melahirkan murid-murid yang baik dari segi sahsiah serta cemerlang dari sudut intelektual.  Kem ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan sahsiah mereka lebih-lebih lagi dalam ibadah fardhu iaitu solat.

Kem Ibadah Tahun 6 2018 telah dilaksanakan pada hari Jumaat iaitu 13 April 2018 sehingga hari Sabtu 14 April 2018 selama 2 hari 1 malam.  Kem ini telah melibatkan semua murid Islam Tahun 6.  Program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah, PIBG sekolah dan jawatankuasa surau sekolah.














Saturday, 24 February 2018

PERASMIAN PROGRAM TADARUS RIA

Program Tadarus Ria telah dirasmikan oleh En. Che Mustafa bin Che Yah pada hari Isnin 29 Januari 2018.  Program ini dilancarkan untuk murid-murid Tahun 6.  Ia dilaksanan pada setiap hari bermula jam 7.10 pagi hingga 7.30 pagi.

Program ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan murid-murid celik dan khatam al-Quran di samping memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, dan berhemah tinggi sesuai dengan tuntutan al-Quran.

Ia juga dilaksanakan untuk menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan dan penghayatan kepada kumpulan pelajar khususnya murid Tahun 6 sekolah ini.  Selain itu juga, ia dapat menarik minat murid dan menanam rasa cinta terhadap al-Quran.







Thursday, 15 February 2018

MAJLIS TAHLIL GURU

Tanggal 14 Februari 218 (Rabu), Surau al-Khairiah telah menganjurkan satu Majlis Tahlil untuk guru-guru yang telah kematian bapa dan saudara terdekat.  Majlis Tahlil ini telah diadakan pada jam 1.30 tengahari bertempat di Surau al-Khairiah, SK Sri Delima.  Majlis ini hanya melibatkan guru-guru Islam SK Sri Delima sahaja.  Tahlil dimulakan setelah solat Zohor berjemaah di kalangan guru selesai.  Dalam majlis ini juga, guru-guru yang telah kehilangan orang yang tersayang telah menerima khairat kematian daripada pihak BKGS SK Sri Delima.  Di samping itu juga, guru yang telah mendapat cahaya mata pertama di sekolah ini turut mendapat insentif.


















BACAAN YAASIN

Pada tahun 2018, Bacaan Yaasin telah bermula pada 26 Januari (Jumaat).  Program ini dijalankan setiap hari Jumaat, melibatkan semua murid iaitu Tahun 1 sehingga Tahun 6.  Bacaan Yaasin bermula pada jam 7.20 pagi sehingga 7.30 pagi di Dataran al-Ghazali.  Semua guru Islam juga terlibat dalam aktiviti ini.